Sabtu, 13 November 2010

Testing!Testing!

Dengan ucapan Bismillah Hir Rahman Nir Rahim maka terbukak la blog ini. Helo bro dan sis. Ke pakai der ngan bai? Ntah la. Macam-macam kat 1Malaysia ni. Lama dah aku nak tulis blog ni tapi takde idea sebelum-sebelum ni. Tapi sejak aku didedahkan ngan blog-blog kat tenet, barula nak buat blog. Lagi satu sebab, aku dah takde keje skang. Terpaksa la tunggu berapa bulan lagi sebelum masuk keje balik dan sambung belajar kat UiTM ambik Master. Tu pun tahun depan. Isi mase lapang la ye berblogging yang meeeeeemmannggg lapang sangat ni. Nanti la aku cite tahun depan aku aku keje ape, kat mane, dengan sape.

Bercakap pasal sambung Master ni, teringat membe aku melawak pasal amik Master ni. "Aku nak amik Master ni pun sebab nak naik gaji. Lepas ni amik exam lak nak dapat title." Itu alasan die. Memang alasan dia munasabah pun sebab die dah berbini. Berbadan dua lagi. Kalo sebab nak berbini dua, itu aku tak berapa sure sangat wakakaka. Alasan aku? Hmmm.... Sebenarnya aku pun tak tau kenapa aku nak amik Master ni. Serious aku tak tipu. Bak kata orang kulit putih tak berapa putih sebab gi salon tanning, 'Serious shit mang.'. Mungkin sebab aku rindu nak berkumpul balik ngan membe-membe masa degree kat Unisel dulu. Betul, Unisel yang dalam "Dunia Baru" tu. Ke korang tak ingat dah? Short attention span tul la korang ni. Kalo tak tau 'short attention span' tu, google sendiri. Korang dah besar panjang pun. Ke baru nak try bukak search box kat browser korang? Ke browser pun korang tak tau ape mende tu? Ades korang ni.(Mintak maap kalo ade yg terasa nak kritik sebab aku memang ade membe-membe yang sesengal begini.)

Ok, back to the story pasal tujuan aku sambung master. Aku rase fasa yang aku rase paling best dalam hidup aku adalah mase aku amik degree kat Unisel dulu. Aku dapat belajar mengenal mane kawan ketika senang dan sahabat yang tak akan biarkan aku keseorangan. Banyak benda gembira, lucu, sedih dan geram. Bercampur-baur menjadikan aku seperti sekarang. Sebab tu la aku sambung master agaknye. Nak berkumpul balik ngan membe-membe. Aku adalah seorang insan yang kesunyian. Betul, sekarang ni pun sunyi bertemankan bunyi ketukan keyboard laptop aku dan bunyi mentol cibai Philip yang mesra alam. Alhamdullilah, ade membe-membe yang dulu belaja kat Unisel ade sambung Master kat UiTM walaupun ade sejarah diorang ngan aku dulu. Aku pun sambung master ni ade gak membe join skali. Boleh la jadik peneman.

Sekarang ni, yang aku tau nota mase degree dah takde, kene humban kat lori sampah. Abis la aku kalo diorang kat UiTM ajar yang lebih advanced dari ape yang aku belajar dulu sebab dah assume kitorang dah ade basic. Ok la, setakat ni je la aku tulis. Tak tau gebang ape lagi. Baru mula blog je pun ni. Len kali aku gebang lagi.

1 ulasan:

  1. Welcome to blogging world bijan! hehehe.. I'll follow you.. lalalalala...

    BalasPadam

Tujuan