Sabtu, 13 November 2010

Bulan Terakhir

Hai, korang mesti tertanya kenape bulan ni bulan terakhir pada hal bukan bulan Disember pun. Sebenarnye bulan ni adalah terakhir bagi aku dekat bumi Red Giants dalam erti kata lain dah tak menetap lagi di bumi Selangor. Aku baru je dapat tau hari Khamis lepas yang company aku sekarang ni nak tutup operasi bulan ni. Akhirnya, selepas bekerja selama setahun lebih, aku bekerja sampai company aku tutup terus. Dah lama sebenarnye aku syak company aku dalam masalah. Pada makluman korang, company aku tu dari Korea Selatan.

Mula dari bulan Jun lagi, bile bos bagi gaji lambat. Selalu bagi gaji tepat waktu, kalo lambat pun sehari dua je. Bulan Jun bagi aku adalah bulan paling seksa sekali. Mase tu, bos pergi oversea takde tinggalkan gaji kat kitorang padahal dah nak tukar bulan pun mase tu. Lepas tu, 15 hari bulan baru dapat gaji. Itu pun bos ade lagi kat oversea, die transfer duit je. Dan bulan-bulan yang seterusnya pun macam tu jugak, gaji lambat bagi. Sampai la bulan ni bile bos pecah lubang company dah takde duit nak teruskan operasi. Company aku ni nak buat projek ternak ikan kat Perak. Dah nak dapat tanah pun dari kerajaan tapi tu la. Duit takde nak running projek tu. Nak apply loan dari bank pun satu hal lagi. Kene tunggu berbulan-bulan baru dapat tau lepas ke tak loan tu. Ye la. Projek dekat RM 150 juta. Diorang kene pikir berpuluh kali la nak bagi loan, lebih-lebih lagi bos aku tu orang Korea. Tu la silap company aku ni, takde side income lain sambil tunggu nak dapat tanah ngan bank loan. Tapi nak buat macam mane sekarang ni. Dah terlewat.

Aku mase bulan Jun tu mula dah rase menyirap. Dah la bagi gaji lambat, keje yang mengikut kelulusan aku pun takde. Keje buat akaun je la aku. Aku dah jadi malas nak mengisahkan akaun syarikat. Bulan ni, serius aku cakap, nak meletup dah aku ni. Mase tu, aku dah naik dah gaji dari RM 2 ribu ke RM 2.5 ribu bile aku dah tak senang duduk kat situ pastu diorang janji tak nak bagi lambat lagi. Alih-alih lambat jugak. Sampai aku cakap slow je yang aku tak datang keje awal minggu ni lepas diorang cakap gaji masuk ujung minggu ni. Bile aku datang balik, diorang tanya pasal ape aku tak datang keje. Aku cakap la aku demam mase aku balik kampung Deepavali lepas sambil buat muke toye pakai sweater bile masuk ofis. Sampai la ari Khamis tu, bile bos suruh kitorang masuk conference room berbincang. Bile aku abis dengar je ape yang bos aku cakap, terasa rasa marah, bengang, geram mase tu terus hilang. Rase macam lega betul hati ni. Tapi bile bos aku tu ajak aku gi isap rokok sekali, aku dapat rase yang orang tua tu rase kecewa sangat yang projek die ni akan terbengkalai sebelum mula lagi. Aku dapat tengok dari muka ngan tangan die yang tengah pegang rokok tu berketar-ketar nak tahan diri die dari menangis depan aku. Umur anak dia baya aku je. Sebab tu selama aku keje ngan die, die layan aku macam anak die sendiri. Siap mintak maaf lagi kat aku sebab bagi gaji lewat pastu company die terpaksa tutup.

Sebenarnye aku dah ade plan nak blah dari company aku tu pastu keje kat Ipoh awal tahun depan. Tapi awal-awal lagi bos aku nak blah. Terpaksa la aku mula tak bekerja berbulan-bulan nanti sementara company kat Ipoh tu panggil aku keje. Tapi bagus jugak diorang ni. Bagi gaji penuh takde potong untuk KWSP ngan PERKESO pastu tambah lagi seribu duit pampasan, KWSP ngan PERKESO diorang bayar nanti. Kalo nak diikutkan cakap membe aku, kene bagi pampasan tiga bulan gaji. Tapi aku dah rase bersyukur sangat walaupun diorang bagi gaji penuh tambah lagi seribu je. Dibuatnya diorang blah gitu je, tak naya aku! Tak nak aku menyumpah-menyumpah orang lain.

Apa-apa pun, company ni dah banyak tolong aku mase aku keje ngan diorang dulu. Dan ari terakhir aku kat company tu adalah ari Isnin depan sebelum kitorang ikut haluan masing-masing. Good luck pada bos aku dan staf-staf yang lain dalam apa jua keje yang korang akan lakukan lepas ni. SALUTE!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tujuan