Ahad, 14 November 2010

Luaskan Ilmu Dunia dan Akhirat Anda Sebelum Terlambat

Sebelum aku meneruskan post ini, aku ingin mengucapkan tahniah kepada membe aku, Wan dan isterinya kerana telah memperoleh seorang cahayamata malam tadi. Aku berdoa semoga mereka dapat mendidiknya menjadi anak yang soleh dan dapat mempertahankan agama, negara, dan bangsa pada masa hadapan. Yang lain bile lagi nak menimang cahayamata atau mendirikan rumah tangga. Aku? Aku hanya berserah kepada-Nya untuk Dia menemukan pasangan hidup yang saling melengkapi dan ingat-mengingati.

Ok, kita balik ke tujuan asal post ni. Semalam aku bersengkang mata membaca blog-blog yang banyak di internet ni. Mula-mula tu, aku baca blog-blog biasa saja kemudian makin lama makin makin jauh aku membaca.Sampai makan pun kadang-kadang tak ingat. Pembacaan blog ni sebenarnya bermula bila aku dah terasa bosan di pejabat. Asyik-asyik facebook saje yang aku bukak selain laman web manga dll wakaka. Fikir sendiri la ape yang dll tu. Aku tergerak hati nak menambah ilmu di dada ni bile aku ronda-ronda dalam internet. First, aku bukak balik blog membe aku si Qit di sini. Baca balik post-post die walaupun die dah lama tak update. Pastu gi pulak blog membe aku si Shapik. (Sori takde link sebab tak jumpa). Pastu, aku gi lagi advanced. Blog politik jadi destinasi seterusnya. Ades, sume sama je. Kritik dan kritik lagi, tak kira penyokong atau pembangkang. Ilmu pun takde aku dapat.

Pastu aku jumpe pulak blog mamat ni. Ade dua pulak tu, di sini dan sini. Tergelak aku baca posting die. Dari blog die, aku tengok pulak blog yang die ikut atau jadik editor (sini, sini, sini, sini dan sini). Dan seterusnya, aku merebak umpama virus ke blog-blog lain.Blog genre mane aku tak pernah gi? Teori konspirasi? Ade. Gossip artis? Pergh, tak larat aku tengok. Agama? Aku singgah tiap-tiap ari. Dan banyak lagi yang aku tak larat sebut. Dari blog-blog ni la, aku membuka minda aku dan menambah ilmu di dada. Betul, sape yang kata yang die bosan dengan internet tu, sememangnya adalah seorang yang rugi kerana gagal menggunakan internet sebaik mungkin. Kalo setakat menggunakan internet untuk meng'copy pasta' assignment, itu bukan menambah ilmu. Itu namanya menggunakan ilmu hanya sekadar untuk melepaskan diri. Ya, aku mengaku aku pun pernah buat jugak tapi lama kelamaan ilmu yang aku 'copy pasta' tu mula membawa aku ke ilmu lain dan seterusnya ke ilmu yang lagi satu.

Aku rase bertuah sangat dapat hidup di dalam zaman internet ni walaupun banyak cabaran dan dugaan. Aku ingin menggunakan ilmu yang aku telah dapat untuk hidup di dalam zaman ini. Aku ingin mempersiapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat kerana kita sekarang ini hidup di akhir zaman. Bak kata seseorang, "Ilmu hendaklah sentiasa digunakan dengan akal dan iman". Yang penting bagi aku sekarang adalah aku sedar ilmu yang aku dapat ni hanyalah sekelumit sahaja dari ilmu-Nya dan aku rase masih tak cukup lagi bagi aku. Benarlah sabda Rasullullah s.a.w., " Belajarlah sehingga negara China". Islam jugak sangat-sangat menuntut kita untuk mengejar ilmu, mempraktikkannya, dan mengajarnya kepada yang lain. Tapi sebelum itu, kita seharusnya belajar dulu dengan guru-guru ilmu tersebut agar tidak terseleweng dari maksud ilmu tersebut.

Aku lihat pada zaman sekarang, ramai orang yang bercakap tanpa ilmu. Kalo ade pun ilmu, hanyalah sedikit tapi berlagak seperti die tahu segalanya. Aku hanya geleng kepala je kerana aku tahu bila masa aku patut bercakap dan bila masa aku patut diam.Buat ape nak menyombong kalo ilmu pun Tuhan yang pinjamkan kepada kita. Bila-bila mase je Tuhan boleh tarik balik. Alhamdullillah, setakat ni semasa aku ambik diploma ngan degree dulu, aku tak pernah tiru orang masa exam.Kalo setakat tanya orang mase exam ade la sikit-sikit wakaka. Mungkin berkat daya ingatan aku yang dikurniakan-Nya walaupun tak berapa kuat ingatan aku ni.Boleh la aku lepas degree aku ngan second class upper. Ok la, sampai sini je la post aku. Bukannye banyak sangat pun idea aku. Sekadar goreng-menggoreng boleh la aku ni.

Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tujuan